Howitzer M109
Howitzer M109

Howitzer M109

M109 adalah sebuah howitzer 150mm gerak sendiri yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat yang pertama kali diperkenalkan pada awal tahun 1960-an. Ia telah beberapa kali melalui proses tingkat upaya, yang mana pada hari ini versi terkininya adalah M109A6 Paladin. Keluarga M109 adalah merupakan senjata sokongan tembakan tidak langsung yang biasa digunakan oleh divisyen infantri mekanis di negara-negara Barat.M109 memerlukan enam orang krew: iaitu komander, pemandu, jurumeriam dan pembantunya serta dua orang pengendali peluru. Versi terkini M109 iaitu M109A6 Paladin pula hanya memerlukan seorang jurumeriam dan dua orang pengendali peluru.Tentera Darat Britain telah mengantikan M109nya dengan AS-90. Beberapa angkatan tentera negara Eropah juga telah atau sedang dalam proses mengantikan M109 yang telah usang dengan PzH2000 buatan Jerman, yang mana mengatasi keupayaan M109 di dalam banyak aspek. Program tingkat upaya M109 telah diperkenalkan oleh Amerika Syarikat dan Switzerland (KAWEST). Dengan pembatalan program Crusader, Paladin dijangka akan kekal menjadi howitzer gerak sendiri utama di dalam angkatan tentera Amerika Syarikat buat masa terdekat.

Howitzer M109

Kaliber 155 mm
Breech interrupted screw
Tempat asal  Amerika Syarikat
Tinggi 10.7 kaki (3.3 m)
Senjatakedua Mesingan M2 berkaliber .50 (12.7 mm)
Lebar 10.3 kaki (3.1 m)
Kelajuan 35 mph (56 km/j)
Senjatapertama Howitzer M126 155 mm
Jarak tembakan efektif 18,000 m - 30,000 m (menggunakan projektil dorongan roket)
Kadar tembakan 4 butir/min maksimum, 1 butir/min sustained
Kuasa/berat 18.7 hp/t
Berat 27.5 tan
Sistem ampaian bar kilasan
Panjang 30 kaki (9.1 m)
Enjin diesel
450 hp
Krew 8 (Komander, Pemandu, 6 x jurumeriam)
Rentas 360°
Shel separate loading, bagged charge
Jarakoperasi 216 batu (350 km)
Jenis Artileri gerak sendiri

Rujukan

WikiPedia: Howitzer M109 http://www.army.forces.gc.ca/lf/English/1_6_3_2.as... http://books.google.ca/books?id=Hv7DB_R0KtQC&pg=PA... http://www.inetres.com/gp/military/cv/arty/M109.ht... http://www.israeli-weapons.com/weapons/vehicles/se... http://prozny.com/_photo/_m109/8.jpg http://www.qrsdc.com http://www.ruag.com/ruag/juice?pageID=84521 http://www.danskpanser.dk/Baeltekoretojer/M109A3.h... http://www.defencenet.gr/defence/index.php?option=... http://www.landmacht.nl/materieel/huidig_materieel...